Senin, 29 Juni 2015

3 Dosa dan bahaya menyimpan kuku panjang menurut Islam




Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG BABI, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang�. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.

Potonglah kuku anda

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak menampakkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil dan suka melepak akibat diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah

Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.

Ikutlah sunnah Rasulullah shallallahu �alaihi wa sallam dalam memelihara kuku agar sentiasa pendek dan kemas�sunnah kuku dipotong di hari Isnin dan Khamis�

Pernah dengar orang tua2 kata :
Nak tengok kebersihan seseorang, salah satunya ,tengok kuku dia.

wALLAHu�alam

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah meskipn tong sampah itu bersih.

Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Bahaya makan nasi ketika Sahur yang pasti mengejutkan umat Islam




Ramai umat Islam di Malaysia khususnya, menjadikan nasi sebagai menu utama ketika bersahur. Mungkin anda antara golongan ini. Anda mungkin beranggapan dengan memakan nasi ketika sahur dapat membuatkan perut lebih tahan lapar berbanding memakan makanan lain. Jika itu tanggapan anda. Anda silap!

Tahukah anda bahawa Oat sangat bagus untuk dimakan ketika sahur? Ini kerana ia mengambil masa yang lebih untuk perut kita hadamkan jadi rasa lapar itu datang sedikit lewat berbanding makanan lain. Lihat gambar di bawah:


Bahaya makan nasi ketika sahur

Bagi pesakit gastrik, anda tidak digalakkan untuk makan nasi ketika sahur kerana nasi tidak tahan lama berbanding oat. Walaupun oat tidaklah sesedap �nasi ayam� tetapi sangat disyorkan kepada pesakit gastik supaya memakan oat ketika sahur kerana oat sangat tahan lama. Tahan laman disini adalah bermaksud �tahan lapar lebih lama�.


15 Perkara yang membatalkan Syahadah tanpa disedari




Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama yang menunjukkan bahawa umat Islam bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah. Pada masa kini, ramai yang pada luaran islam tetapi tanpa mereka sedari mereka telah melakukan perkara yang boleh membatakan syahadah mereka.

Secara asasnya, iman boleh terbatal melalui 3 perkara iaitu perkataan, perbuatan dan niat. Melalui 3 asas tadi, saya kongsikan 15 perkara yang boleh membatalkan syahada Islam
  1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT
  2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah
  3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah
  4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada selain daripada Allah
  5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah dan Rasul
  6. Berhukum dengan selain daripada hukum Allah
  7. Benci sebahagian ajaran Islam atau keseluruhan Islam
  8. Mencintai dunia melebihi akhirat
  9. Menghina apa-apa sahaja daripada Kitab atau Sunnah
  10. Menghalal apa yg Allah haram dan mengharam apa yang Allah halal
  11. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
  12. Tidak beradab dengan Rasulullah SAW
  13. Mendakwa al-Quran ini ada tafsiran batin, bukan zahir berdasarkan dhauq, ilham, kashaf
  14. Mengkafirkan Muslim, menghalalkan darah mereka
  15. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
Sebagai seorang umat islam, jika mesti menjaga segala percakapan,perbuatan dan niat agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Dunia sekarang terdapat pelbagai pihak yang cuba menghancurkan umat islam. Jadi, berjaga-jagalah sebelum terkena.

Selasa, 26 Mei 2015

(Wajib Tahu) Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?




jangan tak tau..ade juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian..dengan pelbagai alasan..alasan tak faham maksud ni pon memang #femes laa kan..oleh itu..meh kite baca sesama..moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita..=)

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca #Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca #Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca #Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, �Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca #Al-Quran?� Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, � Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.�

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. � Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,� dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, � saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.� dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,� tengok Atuk, tak guna!� � Jadi anda fikir ianya tidak berguna?� Orang tua itu berkata,� tengok guni itu.�

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

�Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca #Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.�~


sumber

Senin, 25 Mei 2015

Kisah Sayu �Anak Syurga� Jadi Viral Di Laman Sosial



Gambar seorang wanita bertudung labuh tersenyum memangku jenazah anaknya tersebar di laman sosial.
Ruqayyah Farhani, memuat naik gambar dirinya memangku jenazah anaknya yang meninggal dipercayai kerana tidak cukup bulan.
Difahamkan, bayinya Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, hanya �dipinjam� selama 14 hari. Namun 14 hari itu sangat bermakna buat Ruqayyah. Bagaimanapun beliau redha dengan apa yang telah tertulis.
�Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi �syafaat� buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :�)
Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama,� katanya.
Ramai rakan-rakannya mengucapkan takziah dan memberikan sokongan agar Ruqayyah tabah menghadapi dugaan yang diberikan.
Sesungguhnya wanita ini sangat tabah orangnya. Sesetengah orang, tidak mampu mengukir senyuman bilamana orang yang disayangi itu telah pergi buat selama-lamanya.
Kami bersimpati dengan pemergian si kecil ini yang meninggalkan ibu bapa dan kembarnya, Marsya Farihah. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak dan doakan kembarnya, Marsya, sihat segera.
Al-fatihah� � thehypemedia

Misteri! Seekor Semut Tahu Apabila Ajalnya Akan Tiba



Ketika seekor hampir mati, semut-semut yang lain akan segera mengetahuinya. Namun, bagaimana semut boleh mengetahui bahawa rakannya akan mati?


Adalah suatu teori ilmiah yang menjelaskan hal ini. Semut mati melepaskan zat kimia yang dihasilkan oleh dekomposisi seperti asam lemak yang memberi tanda kematian pada koloni semut lain.

Namun teori ini kemudiannya dibantah oleh hasil penyelidikan terbaru oleh Dong Hwan Choe.

�Semut boleh mengetahui rakannya akan mati kerana adanya mekanisme berbeza yang tersembunyi disebalik necrophoresis yang menyingkirkan salah satu semut daripada koloni dalam sarang yang sama�, kata Choe yang dikutip dari Live Science, Khamis, 7 Mei 2009.

Kematian atau zat mati. Sementara semut hidup selain memiliki zat tersebut, juga memiliki zat kimia lain yang berhubungan dengan kehidupan atau disebut dengan �zat hidup�.

Ketika seekor semut mati, tingkat zat hidup mereka akan berkurangan malah akan menghilang sama sekali, sehingga yang tinggal hanyalah zat mati.

�Oleh kerana itu, semut yang mati tidak lagi mengeluarkan bau yang sama dengan semut yang hidup, bukan kerana mereka mengeluarkan zat baru setelah mereka mati".

Zikir amalan isteri untuk melembutkan hati suami yang egois




Zikir Pelembut Hati - 

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut. 

1. Ya Aziz 

2. Ya Jabbar 

3. Ya Mutakabbir 

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

Amalkan doa ini: 

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi."