Senin, 27 April 2015

Awesome! Rumah Kecil Ini Pasti Buatkan Semua Orang Mahukannya



Rumah kecil ini yang terletak di North Carolina, Amerika Syarikat. Rumah ini kelihatan sama dengan sebuah istana kecil cerita dongeng. Lebih-lebih lagi di bahagian dalamannya pasti buat anda terpesona dan kagum setelah melihatnya.

Sukar untuk percaya, walaupun kawasan yang agak kecil (78 meter persegi), rumah ini adalah serba lengkap untuk penginapan yang selesa untuk keluarga dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Lihat  gambar di bawah dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

















SAYU. CIKGU PUTUS HUJUNG JARI (3 GAMBAR)





Pernah terjadi pada tahun 2003 dulu seorang guru terkena renjatan elektrik kerana cuba membaiki kipas di kelas akibat seorang pelajarnya tiba tiba menghidupkan suis. Guru tersebut koma.

Malah pernah terjadi guru maut akibat kemalangan jalanraya selepas menghantar muridnya balik ke rumah selepas aktiviti sukan. Namun semua itu ramai yang tak ambil peduli.

Malah ada guru disaman oleh ibubapa kerana kereta guru yang membawa murid itu terbabit dengan kemalangan maut selepas tamat perlawanan bolasepak .

Semalam saya terima whatsapps dari group sekolah lama saya mengatakan jari seorang guru putus akibat anak muridnya menutup pintu dengan kuat.

Nama guru itu Cikgu Sharipuddin putus di hujung jari akibat kecuaian muridnya menutup pintu dengan kuat.

Namun menurut makluman cikgu Sharipuddin memaafkan murid berkenaan kerana faham ianya perbuatan tidak sengaja.

Namun tercetus polemik dalam perbincangan rakan rakan group bahawa kalau cikgu yg buat jari ank murid satu dunia akn heboh...jangan kata putus jari hatta dijemur pun guru akan diserang.

Apatah lagi kalau rotan berbirat birat maka akan menjadi isu utama dalam media sosial dan cetak. Kejadian yang menimpa cikgu sharipuddin yang mengajar di Sek Men Bukit Mercu Kuala Kangsar dikatakan akibat kecuaian muridnya menutup pintu terlalu kuat.

Ada juga komen mengatakan salah cikgu kerana meletakkan tangan dipintu. Namun pada pandangan saya walaubagaimana betulnya guru itu pasti ada yang cuba mencari salahnya.





Yang pasti cikgu sharippuddin berjiwa besar memaafkan murid itu dengan mengatakan ianya tidak sengaja. Bagi sahabat guru yang lain diharap selepas ini kita lebih berhati hati...dan pada ibu bapa janganlah selalu menuding jari menyalahkan guru.

Kadangkala ada tindakan guru nampak keras contohnya nak selamatkan satu kelas dari keracunan makanan maka guru melarang menjual murid makanan dari luar. Bila diketahui media sosial maka berkoyan koyan cerca hina diberikan pada guru.

Bersabarlah wahai guru...halalkan ilmu yang kita beri walaupun kadangkala kita dilempar tahi. Yang pasti Allah sahaja yang membalas pengorbanan kita.

Sumber

Minggu, 26 April 2015

Ovari Rosak Kerana Makan Produk Supplement 'Sampah'




Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.

SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu. 

Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk. 

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan. 

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat. 

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain. 

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata? 

Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.

Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.

Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.

Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".

Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.

Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?

Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.

Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.


Kredit - Nur Farina Abdullah


Jumat, 24 April 2015

6 Foto Aaisyah Dhia Rana tanpa mekap amat memeranjatkan




Baby selebriti yang tengah meletop sekarang, Aaisyahdhiarana memang menjadi perhatian ramai sekarang.

Kini Aaisyah juga ada Manager sendiri. Dengar cerita banyak pula tawaran tue.

Tapi daddy Zain dan Mummy Che ta juga tidak kurang sibuknya. Bila sibuk 'shooting' atau pun urusan 'bisnes', sasha saidin la yang jadi pengasuhnya.

Jom tengok apa aktiviti aunty Shasha dan Aaisyah kali ini. Comel kan?


V


V


V


V


V


V


V


V









Sumber : Thethumbpost

TERKEJUT : Artis ini membuka hijab selepas filem tak laku





Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti tempatan mula berhijrah, terutama wanita berhijab. Kiranya, satu langkah mulia untuk menjadi muslimah sejati.

Tapi untuk kekal berhijab, perlukan satu istiqomah yang kuat dalam diri. Sayangnya, baru-baru ini Cik Pang dapat tahu ada seorang pelakon wanita kembali buka hijab selepas baru saja berhijrah.
Pelakon juga model dan pemilik syarikat produksi itu dikatakan buka tudung selepas filemnya tak jadi. Betul ke? Itu yang disampaikan teman Cik Pang.

BACA SELANJUTNYA DISINI

Gambar rumah Zizan di Terengganu? dia serius lamar Edora




Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit.
Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan.
Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap.


Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.
Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri.
�Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja.
�Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,� kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam. BS Credit Kosmo !

Punca Sebenar Guru & Pengetua Rampas Nasi Lemak 2 Pelajar




Heboh di laman sosial hari ini mengenai dua pelajar sekolah rendah kerugian RM17.00 apabila nasi lemak yang ingin dijual kepada rakan-rakan mereka dirampas oleh guru dan pengetua.

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang itu mengundang respon netizen yang bersimpati dengan nasib dua pelajar berkenaan.

Difahamkan, nasi lemak yang dibawa oleh dua pelajar terbabit adalah nasi lemak yang dipesan oleh rakan sekelas mereka. 

Nasi lemak itu dipercayai dibuat oleh ibu mereka dan dijual pada rakan sekelas bagi menampung wang persekolahan mereka, atau mungkin bagi membantu meringankan beban hidup keluarga yang didakwa terkesan dengan GST.

Namun, selepas habis waktu persekolahan, pengetua sekolah memulangkan nasi lemak yang dirampas. Menyebabkan nasi lemak itu telah basi dan merugikan dua pelajar yang dipercayai adik beradik tersebut.

Kisah itu dimuat naik oleh Izham Ibrahim, AJK Kongres Melayu Pulau Pinang yang mempertikaikan kewajaran tindakan guru perempuan dan pengetua sekolah terbabit.

"Macam mana yang dinamakan pengetua dan guru sebagai pendidik jika tidak punya sifat perikemanusiaan dan belas ehsan terhadap dua murid tersebut yang mungkin keluarga mereka dari golongan yang serba kekurangan?" soalnya.

REZEKI YG DINAFIKAN terhadap 2 orang murid sekolah rendah Di daerah Barat Daya,Pulau Pinang. Amatlah menyedihkan dan tersentuh hati INI......Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh seorang guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sbyk Rm17 yg mungkin utk menampung wang sekolah mereka......tindakan Pengetua memulangkan Nasi Lemak yg DIPESAN .......saya ulangi yg DIPESAN rakan sekelas mereka dikembalikan SELEPAS waktu persekolahan menyebabkan Nasi Lemak tersebut basi dan merugikan 2 beradik tersebut
yg mungkin menbantu meringan beban hidup
keluarga mereka dan ditambah dengan bebanan GST......WAJARKAH tindak Guru Perempuan dan Pengetua sekolah tersebut....macam mana Yg dinamakan Pengetua dan Guru sebagai PENDIDIK Jika tidak punya sifat PERIKEMANUSIAAN dan BELAS EHSAN terhadap 2 murid tersebut yg mungkin keluarga mereka dari golongan yg serba kekurangan
Dari FB Izham Ibrahim
AJK KONGRES MELAYU PULAU PINANG

Kisah itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan respon negatif terhadap guru dan pengetua terbabit.

"Sebab pengetua dan cikgu itu tak pernah merasa hidup susah. Bila dah senang, macam itulah jadinya. Kesian adik-adik ni nak membantu keluarga pun tak boleh. Bukannya luak gaji cikgu-cikgu itu pun," kata mereka.

Bagaimanapun, ramai yang tidak faham, ada sebab mengapa guru perempuan dan pengetua terpaksa merampas nasi lemak tersebut.

Seperti mana yang diketahui, setiap sekolah mempunyai kantinnya sendiri dimana pengusaha kantin berkenaan telah mendapat sijil-sijil yang wajib berkaitan menyediakan dan menjual makanan kepada pelanggannya oleh Kementerian Kesihatan.

Setiap pengusaha kantin sekolah diwajibkan mengambil sijil-sijil berkaitan termasuklah suntikan Typhoid. Segala aspek kebersihan, halal juga perlu dipatuhi. Ini bagi mengelakkan berlakunya kes-kes yang tidak diingini seperti keracunan makanan, makanan tercemar dan lain-lain.

Tindakan guru terpaksa merampas makanan yang dijual oleh pelajar juga adalah bertujuan mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Ini kerana, jika berlakunya keracunan makanan (contoh), pihak sekolah tidak dapat mengambil tindakan terhadap ibu bapa pelajar yang menyuruh anak mereka menjual makanan di sekolah berbanding dengan pengusaha kantin yang dapat dikenakan tindakan undang-undang.

Jika terjadi perkara sebegitu, ibu bapa pelajar lain yang keracunan makanan pula akan menyalahkan pihak sekolah kerana 'membenarkan' pelajarnya 'berniaga' di sekolah. Maka pihak sekolah pula yang perlu 'menjawab' pertuduhan itu yang nescaya tidak akan berkesudahan dan berpanjangan sehingga pihak penjualnya dikenakan tindakan. 

'Masalah berantai' yang dinyatakan di atas menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar yang didapati menjual makanan dalam kelas.

Guru atau warga pendidik tidaklah sekejam/sezalim seperti yang orang sangkakan. Mereka juga pernah merasai hidup susah dan juga seperti rakyat biasa. Namun, menyuruh anak sendiri menjual makanan di sekolah dengan alasan menampung duit poket sekolah atau meringankan bebanan keluarga adalah tidak boleh diterima kerana ini melibatkan keselamatan makanan anak-anak kita di sekolah.

Cara guru dan pengetuanya merampas makanan tersebut dan membiarkan makanan itu basi juga tidak patut. Sewajarnya pihak sekolah menelefon ibu pelajar terbabit serta memberikan peringatan agar tidak mengulangi perkara itu kerana pihak sekolah tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan para pelajar yang lain.