Rabu, 06 Mei 2015

Nahas Duke : Tunang Faizznur sedia jadi ibu segera!!





TUNANG kepada adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duke, Nur Amirah Syuhaida, 22, berkata dia sudah bersedia bergelar ibu segera kepada dua beradik yatim piatu, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.

Nur Amirah yang bertunang dengan Faizznur Asyraf Husain, 25, pada tahun lalu bakal bernikah pada Oktober ini.
�Saya sudah bersedia menjadi �ibu segera� dua beradik itu. Malah, saya sanggup berhenti kerja untuk menjaga serta memberi perhatian kepada Amira dan Aqila.

�Saya berbesar hati untuk menjaga kedua-dua mereka. Saya sedar ini adalah satu tanggungjawab besar, tetapi insyaAllah saya boleh melakukannya,� katanya ketika ditemuiMynewshub di kediaman ibu Faizznur di Taman Batu Muda, Batu Caves semalam.
Nur Amira yang merupakan pegawai di sebuah syarikat swasta berkata, dia sudah mengenali dua beradik itu sejak lima tahun lalu malah tidak pernah berasa kekok menjaga mereka yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri.
Dalam nahas yang berlaku pada jam 1.05 pagi Sabtu lalu, tiga sekeluarga iaitu Fairuz Nizam, isterinya, Nova Safitri Azhari dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, enam bulan maut apabila Pajero yang dinaiki dirempuh dua kereta Myvi yang dikatakan sedang berlumba di lebuh raya Duke.

Kamis, 30 April 2015

Julie Dahlan sudah tiada





Kuala Lumpur: Penerbit filem terkenal Julie Dahlan meninggal dunia 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut penyanyi, Datuk Hattan yang juga biras kepada anaknya, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang .

Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham.

Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Ampang.

Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

Sumber

Rabu, 29 April 2015

Bahaya keluar duit di stesen minyak terutama bila hari gaji!





Ku parking Modenas bersebelahan LC135  yg penunggang dan pemboncengnya dgn full face masih dikepala memandang ku. Ahhh lantak hari ini hari gaji aku harus cepat ke mesin ATM. Kutinggalkan isteri yg mahu ke tandas..

Hari gaji hari yg ditunggu tunggu. Beratur di ATM tiba giliran laju mencucuk kad ATM yg sudah tersedia berada ditangan ku. Lantas berdecit mesin ATM ku picit dan berdesup keluar note note Ringgit Malaysia. Ku ambil dan ku simpan wang serta kad ATM tersusun dalam dompet.

Ahhhh.. . isi petrol penuh Modenasku yg kebetulan mesin ATM berada di stesen minyak. Setelah pembayaran di kaunter berdesup petrol masuk ke tangki Modenas dan berdesup juga meter minyak mencanak ke F.

Tanpa berfikir panjang aku hidupkan Modenas dan bergerak meninggalkan stesen minyak.

Ku lihat melalui cermin sisi Modenasku, LC135  tadi mengekoriku. Ahhh ni mesti nak merompak duit gaji aku ni berkata dalam hati. Ku pulas minyak semakin laju dan kulihat LC135 tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yg berjaket hitam menunjuk nunjuk kearah ku.

Adoiiiii....Modenas nak lawan LC135 gila. Lalu aku cuba menyelinap masuk ke lorong secara tiba tiba untuk mengelakkan dikejar LC135. Tapi LC135 tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali kali.

Ceh secara tiba tiba dah beriringan pulak Modenas ku ini dgn LC135. Dan pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit kearah ku....

"Bang bang!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!".......

Motor Harley Davidson langgar bongkah kayu, pegawai SPR maut


Malang sememangnya tidak berbau, itu lah yang boleh di ungkapkan ajal dan maut di tangan tuhan.
Seorang penunggang motosikal berkuasa berkuasa tinggi maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat terlanggar bongkah kayu di Kilometer 342.6 Lebuhraya PLUS arah selatan, Tapah pagi tadi.
Ketika kejadian 11.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45 maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan dalam perjalanan dari Permatang Pauh menuju ke Ibu Pejabat SPR Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson dipercayai terjatuh selepas terlanggar bongkah kayu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat. Alfatihah - MNH, DTR

Selasa, 28 April 2015

Seram! Misteri Lebuhraya Berpenunggu Di KM20.6





Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan. Itu biasa dan ia merupakan salah satu kesimpulan yang dilaporkan. Namun begitu, ada kalanya ia disebabkan oleh faktor gangguan makhluk halus seperti mana yang didengari sebelum ini. Ada yang mendakwa ternampak benda-benda pelik sewaktu menyusuri jalan ini.
km
\Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA DISINI

KFC MOHON MAAF, PEKERJA BERTUDUNG TUNJUK ISYARAT "JARI TONGAH SULEH"





Susulan video pekerja KFC Taman Putra menunjuk isyarat lu-cah kepada sekumpulan pelajar yang juga pelanggan premis makanan segera itu, KFC Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya amat menitikberatkan kakitangannya beradab dan beretika ketika memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.

BACA LAGI SAMBUNGANNYA DISINI

Luahan sayu anak rindukan ayah yang telah pergi - Al fatihah



Kehilangan  orang yang kita sayang adalah saat yang sangat sukar dalam hidup namun kehilangan itu pasti akan berlaku dan saat itu juga perlu kita tempuhi walaupun dengan keperitan.

Ini lah yang di rasai oleh adik Sarah kehilangan ayahanda tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi adalah saat yang amat sukar untuk dirinya dan serta keluarga nya.

Ikuti luahan Sarah di laman sosial nya yang menyatakan betapa rindu nya pada arwah ayah nya, semoga Sarah kuat untuk tempuhi semua ini.
Apa yang pasti bukan Sarah sahaja yang bersedih meratapi apa yang berlaku ramai insan-insan diluar sana juga merasai apa yang sarah rasa semoga Sarah dan insan-insan di luar sana kuat dan tabah untuk menerima saat ini. Al- Fatihah - BS